Monday, 19 October 2009...12.19 Am.

" Hello. Hei...buat ape tu?..."
" Huh?...ader laa. Tgk tv neh. Awak kat mana tuu?. Daa makan? "
" Dah. Kat umah laa. Baru sampai umah nii. Malam nanti orang nak kuar tau. Gan Kak Zaa."
" Huh?...Pii mana malam neh?. Tak boleh. Saya tak izin...Hehe. (Sesajer nak kasi dia 'angin'...hehe)
" Rumah terbuka kawan laa. Eleehhh...saper awak nak halang2 saya?. Suka ati saya laa. Awak bleh ajer kuar sampai lewat2 malam gan member2 awak tuu."
" Heii! saya lain. saya laki. Tak pe!. Awak tak bleh. Saya tak izin. Duk ajer kat umah malam neh...Hehehe".
" Asal plak tak bleh?...Bukan balik lewat pun. Lagipun gan Kak Zaa laa!."
" Suka ati saya laa. Sajer saya tak nak kasi awak kuar. Asal? Tak bleh?..."
" Apa hal?. Apa hak awak?...Dah lah. Malas layan awak. Nak mandi. Sori, saya daa janji gan Kak Zaa n saya akan tetap pegi even pun tanpa izin awak..."
" Pegi arr!. Saya tak izin tuh!...Pegi!...(Sesajer jer nak buat dia sakit hati...Jahat kan?...Hahaha.)
Hrmm...tak leh nak gambarkan cam ner hidup aku skrang neh. Aku bahagia. Walaupun masih ader 2,3 perkara yang kadang2 mengganggu idup aku neh. Termasuklah masalah keje & kerenah seorang teman baik aku yang aku storykan pada entry yang lepas. Tapi semua tuu bagaikan hilang bila aku dengar suara seseorang dalam telefon aku neh. Aku tahu yang aku sayang dia. Aku tahu yang aku rindu dia. Even banyak yang aku gan dia tuh selalu 'perang' mulut. Dia tuu ader sedikit degil. Aku plak suka menyakat. Tuu yang selalu bising tuu. Huhu. Mybe dialah kot punca bahagia aku neh. Ntah lah. Payah nak aku gambarkan cam ner perasaan aku neh. Yang aku tahu. Aku bahagia ada dia dalam hidup aku neh. Dan kalo itulah orang yang aku cari2 selama nii. Aku amat beruntung. Mybe seseorang kat luar sana tuu faham amksud aku neh. Walaupun aku amat payah nak bercakap pasal benda2 nii kat depan dia tuh. Tapi aku tahu yang dia tahu apa yang aku maksudkan ini.
Hrmmm...tak salah rasanya kalo aku cuba buat kali ke-2 dalam hidup neh. Even pun rasa takut tuu still ada. Tapi kepercayaan aku terhadap dia melebihi segalanya. Aku pun dah ader pengalaman untuk semua tuu. Aku harap kali nii aku tak silap. Dan kalau aku silap sekali pun. Aku masih lagi beruntung mengenali dia. Orang yang terlalu banyak mengambil berat tentang diri aku neh. Tanpa dia, mybe aku terus melakukan lebih banyak kesilapan dalam hidup aku neh. Cukup gan segala dosa aku terhadap 'Shanefilan' aku tuh. Aku mengharapkan pembebasan hati aku terhadap nama tuh. Kalo bleh semua pasal 'dia' aku nak lupa. Aku tak mau ingat apa2 sal popuan tuh. Tapi alhamdulillah, sedikit demi sedikit skrang nih aku dah mula lupa. Wajah dia, tarikh2 penting, surat2, email2, gambar2 & pelangi tuh. Kecuali Si shin chan tuh. Aku daa janji nak pulangkan balik. Tapi ntah ler...sampai skrang aku selalu lupa. Mybe dalam waktu terdekat nii. Aku akan pulangkan balik...InsyaAllah.
Aku harap benda nii cepat hilang dalam ingatan aku neh. Dan aku anggap yang aku tak pernah kenal pun gan orang bernama Nik ****lah nih. Dan lepas nii aku mintak sangat2 yang aku tak akan jumpa gan 'dia' tuh. Aku tak nak tengok muka orang yang banyak lukakan hati aku neh. Bukan amarah atau dendam. Tapi aku takut. Takut jika rasa sakit luka tuh datang balik. Itu yang aku tak mahu. Aku serik. InsyaAllah, semoga semua nii cepat selesai dan aku isikan kekosongan tuh gan penganti yang baru.
"Hello...hrmm......"
"Huh? Ader apa?....hehehe"
" Orang daa nak kuar dah nii. Awak kasi ke tak niii?...."
" Aik? tadi beria2 tanya apa hak saya nak halang2 awak. Nii mintak izin plak. Apa hal?..huhu"
" Eeee...Cepat laa! orang daa nak kuar neh. Kak Zaa tunggu daa tuu. Awak kasi ke tak nii?...Alaa....boleh laa...."
" Ooo...awak mintak izin lah nii yee...Hehehe. Tak bleh kuar. Duk ajer kat umah "
" Eeee!...tak nak kasi sudah!. Apsal plak nak mintak izin gan awak. Kita bukan ade apa2 pun. Tak kira, saya kuar jugak!!."
Uiks?...tadi bukan main lembut mintak izin. Nii marah2 plak. Argh! pedulik ape kita ader pape ker tak. Saya tak kasi awak kuar. Duk ajer kat umah...." (Memain)
" Alaaaaaaaaaa....bleh laa. Tak balik lewat laaa. Gan Kak Zaa nii. Cepat laa Kak Zaa daa tunggu tuu. Please abang...."
" Aiseyyy!...nii yang lemah nii...Huhu. Pegi laa. Orang memain jer laa. Jangan balik lewat. Sampai sana msg. Daa balik nanti pun msg. K...jaga diri tuh bebaik. "
" Huhu...Terima kasih. Yaa laa. Nanti orang msg. Abang pun jaga diri. Muahh! sayang abang..."
Aihhh....sape leh gambarkan apa perasaan aku time tuh?. Aku sendiri pun tak dapat bayangkan cam ne perasaan aku time tuh. Yang pasti berbunga2 ler. Huhu. terasa diri yang hina lagi daif nii dihargai. Terasa yang aku nii amat2 bermakna buat dirinya. Aku tak kisahlah kalo korang semua tak hargai aku..Hehe. Yang pasti dah terbukti yang aku amat dihargai seseorang. Aku pun dah banyak sangat bertanya mengenai diri aku pada pandangan dia. Aku yakin gan setiap jawapan yang dia berikan. Walaupun aku daa lama kenal dia. Sebelum aku mengenali 'Shanefilan' lagi. Tapi rasa cam baru lagi. Kadang2 banyak yang aku ingin tahu. Even pun aku daa terlalu masak gan peragai dia tuh. Begitu juga gan dirinya. Aku selesa & happy gan dirinya tuh. Lagipun dia dia lebih bersikap matang dan berdikari. Ciri2 perempuan idaman aku banyak ada pada dia. Hehe...Aiseyy..malu laa plak aku...Hehe.